BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 20, 2010

novel Kau Tetap Aku Punya! my novel~ sedikit opening novel sy!hihi

rembang senja kian menjelma aku duduk sendirian di kamar beraduku.Fikiranku kusut ketika ini.Aku tidak tahu keputusan apa yang perlu aku buat.Aku tidak mahu menghampakan ibu bapaku tetapi cintaku terhadap dia bagaimana?Haruskah aku korbankan perasaan ini sahaja dan bersetuju dengan kata ayah dan ibu.Aku takut untuk memikirkannya.Sedang aku berfikir sendirian, ibu memasuki kamarku.


"Esok keluarga Zafran datang rumah kita pukul 8 malam.Kau jangan balik lambat pulak ya.Balik awal tolong ibu masak.Banyak yang kita kena buat ni Sofea. Ibu pulak yang gementar diaorang nak datang." kata ibu dengan senyuman.Aku hanya mengangguk dan membalas senyuman ibuku. "Kau rasa ok tak kalau ibu masak ikan patin masak lemak cili padi?" tanya ibu. "Ikut ibulah nak masak apa.Sofea ikut sahaja." kataku dengan malas.Aku terus berbaring di katilku tanpa menghiraukan ibu. "Kau ni ibu tanya bukan nak bagi pendapat. Diaorang itu bakal keluarga kau jugak." Rungut Puan Shahidah. Aku lantas bangun dan memegang tangan ibuku dan meminta maaf. "Ibu, Sofea minta maaf kalau cara Sofea buat ibu marah.Sofea balik awal esok ya."

0 comments: